…aku dikejutkan oleh seseorang dari lena pnjangku…tersenyum aku bila mendengar suaranya….tiba2 aku terdengar background muzik kt sana yg sgt merdu…yahhhhh!!!itulah azan subuh yg aku rindui…selama aku tgal kt umah sewa baru nie..jarang sekali aku dgr azan subuh semerdu itu…aku solat bila dh msuk waktu tp azan jrg skali aku dgr sejelas & semerdu itu..
Subhanallah....hatiku menangis…ya ALLAH, sesungguhnya aku hambaMu yg lemah,yg sering alpa dan leka dgn nikmat duniaMu ini…hari Jumaat yg Kau ciptakan sungguh indah bg semua hamba2Mu…hikmahnya tidak ternilai…aku berdoa,berharap..inilah lgkah pertama bagiku utk merubah segalanya…aminnnn
terima kasih ya Allah kerana Engkau kirimkan seorang insan yang telah membimbing aku ke jalanMu…aku bersyukur di atas nikmatMu itu YA ALLAH…bermula dgn tegurannya, bermula dgn pringatannya kpdku tntang solat,aurat,hukum-hakam..aku berharap dialah org yg dpt membimbing aku ke jalanMu kini dan selamanya…..andai dia jodoh aku, dekatkanlah dia dgn aku, andai dia bkn jodoh aku…biarlah kami kekal sbg seorg shbat yg saling nshat-mnasihati ke arah kebaikan…..
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
No comments:
Post a Comment